KEMPEN "BIASAKAN YANG BETUL"

MATLAMAT

  • Membiasakan murid untuk mematuhi peraturan sekolah yang paling asas iaitu mengenai 'Kekemasan Diri'

OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada murid tentang peraturan sekolah dapat membentuk peribadi yang positif.

  2. Membiasakan murid mengikuti peraturan sekolah yang asas.

  3. Menyedarkan murid bahawa hukuman adalah untuk menyedarkan dan mendidik mereka.

  4. Melihat kembali bahawa semua guru adalah GURU DISIPLIN.

PELAKSANAAN

  1. Pemeriksaan menyeluruh murid setiap kali perhimpunan rasmi, perhimpunan pagi dan perhimpunan selepas masa rehat.

  2. Semua guru WAJIB memberi teguran kepada murid tentang kekemasan diri murid.

  3. Teguran dilakukan di mana sahaja, dan lebih berkesan dilaksanakan sebelum PnP bermula.

  4. Murid diberikan hukuman yang setimpal oleh setiap guru selagi tidak mematuhi peraturan sekolah.

KESIMPULAN

Kerjasama yang padu daripada semua guru akan menjadikan murid serik untuk melanggar peraturan sekolah terutamanya kepada murid yang tegar. Kempen yang berterusan dengan pendekatan berhikmah akan membiasakan murid mematuhi peraturan sekolah. 

BUKU PERATURAN SEKOLAH

 

  1. Buku Peraturan Sekolah telah siap dicetak.

  2. Buku akan diagihkan secara berperingkat iaitu dimulakan dengan Tahap 2.

  3. Semua guru kelas akan diberikan Buku Peraturan Sekolah untuk diagihkan kepada murid berkenaan.

  4. Borang akuan penerimaan guru dan murid akan diberikan setiap guru kelas bagi memastikan tidak berlakunya penafian penerimaan.  

 

PEMERIKSAAN MENGEJUT

  1. Dilaksanakan dengan lebih tersusun.

  2. Guru kelas akan memainkan peranan di setiap kelas.

  3. Dilakukan. sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

  4. Borang pemerikasaan akan diedarkan kepada guru sekiranya perlu dilakukan.

 

 

TAKLIMAT DISIPLIN

MATLAMAT

  • Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid tentang pentingnya peraturan-peraturan sekolah dan berdisiplin tinggi.

OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada murid tentang peraturan sekolah dapat membentuk peribadi yang positif.

  2. Menyedarkan murid bahawa kepentingan mengikuti peraturan sekolah.

PELAKSANAAN

  1. Dilakukan selepas perhimpunan rasmi pada hari isnin minggu 1 dan 2.

  2. Murid dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu tahap 1 dan tahap 2.

  3. Pengisian adalah berkenaan dengan Buku Peraturan Sekolah dan isu-isu semasa disiplin sekolah