Selamat Datang

Semoga maklumat di sini memberi kebaikan bersama, Terima Kasih.

Mandat Pelaksanaan Kuasa Disiplin 

Mandat adalah 'tauliah atau arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atasan yang membolehkan tindakan atau dasar diambil (mandate is an official command or instruction or authority to pursue a policy or course of action).

Dalam pelaksanaan kuasa disiplin di sekolah, soal mandat amat penting memandangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah kemungkinan dicabar oleh pihak murid ataupun keluarga yang tidak puas hati dengan tindakan itu dari semasa ke semasa.

Masyarakat yang lebih peka serta memahami hak-hak mereka di sisi undang-undang turut menjadikan tugas pendidik lebih mencabar sperti yang terbukti dalam peningkatan kekerapan kes-kes mahakamah yang melibatkan guru dan pelajar yang dilaporkan dalam media massa

Untuk tujuan pengurusan disiplin di sekolah, kuasa mandat yang dimaksudkan ialah Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, Akta pendidikan 1996, berserta buku-buku panduan pengurusan disiplin dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

 Ordinan-ordinan Pelajaran

  1. Peraturan-peraturan Sekolah (Persatuan) 1956.
  2. Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatan) 1957.
  3. Peraturan-peraturan Sekolah (Majalah) 1958.
  4. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

  

Informasi

This section is empty.

Salam, Senyum Dan Sapa